Amin sampai ke tempat tu pun dah santak senja. Dia sampai dengan kuda. Kuda ada sayap. Di telinga kuda tu ada anting-anting warna hijau, bertanda PEACE. Alah yang macam orang selalu pakai di baju tu, kadang-kadang kucing, kadang yang lain pula anjing, itik, limau nipis dan buah kedondong.

Kuda yang Amin tunggang ni pandai bercakap. Becok dia bercerita tentang tempat yang bakal Amin inap sehingga “sampai umur”. Becok dia bercerita tentang Azaz yang dulu kerap melompat dari satu rumah ke satu rumah. Seketika, teringat Amin akan Mat Labu yang kerap melompat pagar untuk keluar makan di Restoran kat Mentiga, Pekan, Pahang. Tapi itu cerita lain. Itu cerita Pekan. Ini cerita lain. Ini cerita tempat Amin bakal menginap, untuk tempoh yang agak panjang. Untuk tempoh yang agak lama.
Sebelum naik kuda ni tadi Amin di soal selidik oleh pengawal tempat ni. Ahhh.. nak masuk sini pun nak kecoh-kecoh. Dah semua orang wajib masuk, tak payah la tanya banyak-banyak. Kasi masuk aja sudah la. Itu pun susah ka? Macam nak masuk tandas kat tempat lama Amin dulu. Masuk tandas pun kecoh. Nak kena bayar 30 sen hanya untuk berak dan kencing. 50 sen pulak untuk mandi. Berak dengan kencing pun nak kena kasi duit. Dah la taik pun kita bagi, duit kita pun dia mahu. Sama jugak macam potong rambut. Rambut pun kita bagi, duit pun kita bagi. Tapi itu cerita dulu. Sekarang Amin tak payah nak pikir pasal kencing, berak, mandi dan rambut.

Kuda yang becok. Amin yang masih terpegun.
“Engkau ada bawak bekal?”
“Aku?”
“Ye la! Kau dengan aku aja kat sini”
“Owh! Ada! Tapi tak banyak la”
“Kos sara hidup di sini lagi mahal dari kat Moscow masa tahun 2008 dulu”
“Aku tahu, orang kampung aku pernah cerita”
“.......”
“Lagipun nanti ada orang hantar bekal. Boleh la aku menabung sikit-sikit. Sini ada saham amanah tak? Kat negara aku ada macam-macam saham amanah. Masuk aja duit, dok diam-diam. Hujung tahun dapat lah dalam 5%, 8% malah kalau nasib baik, dapatlah 10%, itu belum masuk bonus lagi”
“Sini takda”
“Sini boleh berniaga?”
“Tak”
“MLM? Forex? Internet Marketing?”
“Tak”
“Along ada? Bank? Koperasi?”
“Pun tak ada...”
“Habis tu?”
“Harap bekal aja lah.. dan mungkin kalau orang kampung engkau hantar life support..”
“Kalau tak hantar? Kalau tak ada bekal?”
“Mampus engkau la...”
“ooo.. gitu..”

Fana..


0 ulasan:
Post a Comment