Acapkali kita akan terjumpa mereka-mereka yang bermuka sugul, melontarkan bahasa-fikir yang bersalasilahkan 'ketidakpercayaan' manusia lain kepada mereka. Amboih bahasa mukaddimah!
Ketidakpercayaan umat manusia pada kita ini bisa terjadi dalam apa saja keadaan: politik, tempat kerja, rumah tangga malah untuk pelajar-pelajar, mungkin sahaja terjadi di dalam kelas atau yang seumpama dengannya.
Manusia-manusia sugul ini (disebabkan ketidakpercayaan orang lain) sebenarnya ada beberapa pilihan. Sama ada teruskan hidup dengan kesugulan atau memutihkan kembali kepercayaan manusia lain atau kalau saya., saya lebih suka memilih untuk “lantak lu la apa yang lu nak pikir” (Owh! Dalam kes ini, kalau saya yakin benar yang saya tak bersalah langsung-langsung)
TETAPI.. apa yang lebih benar adalah.. kita seharusnya merenung semula akan diri kita. Selalunya kita terlalu angkuh dan bongkak dalam menerajang persepsi manusia lain terhadap diri kita. Kalau nak terajang sekali pun, biarlah berseni, ambil dalam diam, tolak dalam senyum.
Tuhan menjadikan kita dengan dua bijik mata. Satu kanan dan satu kiri. Kalau di tutup yang kiri, kita akan hanya mampu melihat dari perspektif kanan. Dan begitu jugak sebaliknya kalau di tutup kanan. Ini membawa maksud, lain mata, lain sudut pandangnya. Ada orang mungkin mengatakan bahawa jambatan bengkok adalah satu yang essential, sedangkan satu pihak yang lain mengatakan ianya satu pembaziran. Begitu juga PPSMI. Begitu juga arak dan todi misalnya. Begitu juga seks luar tabie. Ahh.. apa-apa sajalah.. Nombor paling wahid adalah bagaimana 'kita' (wahai manusia sugul) menerimanya dan memulangkan kembali.
Kita juga kerap terlepas pandang tentang hikmah kejadian di sebalik ketidakpercayaan manusia-manusia lain. Ada banyak hikmahnya yang mungkin kelian lebih arif untuk mentafsir, mencerna atau mencerakinkan menjadi bijian benih yang penuh nikmat. Kelian memang dilahirkan begitu.
Saya??
Memilih untuk terus menjadi saya.
Saya angkuh?? atau bongkak??
Ya! kerana saya tak bersalah dalam HAL ini.
Kalian boleh kata apa saja.
p/s entri ini tiada kaitan dengan politik Hulu Selangor, politik antarabangsa atau yang seangkatan dengannya.


0 ulasan:
Post a Comment