
Hujung-hujung bulan Mac dan awal-awal bulan April ni biasanya akan berlegarlah email-email tentang April Fool. Haram disambut katanya. Hari kejatuhan umat Islam Sepanyol lagi katanya. Sebagai umat Islam, kalau menyambut jugak boleh jadi murtad katanya.. dan banyaaaaakkkkk lagi benda 'katanya'.
Dan akhir kalam. Ada ayat yang common dibariskan. "Sampaikan dariku walau satu ayat".
Jom kita sama-sama telusuri sejarah April Fool ni...
April Fool
Lebih kurang tahun 1582 di Peranchis, kalendar Gregorian (yang kita guna sekarang nih) mula digunakan. Kalendar sebelum tu, menunjuk-tandakan bahawa, minggu tahun baru adalah sebermula dari 25 Mac hingga 1 April. Ini berbeza dengan kalendar Gregorian yang 'menobatkan' minggu tahun baru sebermula 31 Disember hinggalah 7 January. Dan 1 Januari tepat jam 12 malam, tahun berubah.
Tapi pada masa tu (1582), bukannya ada email macam zaman kita sekarang. Nak sampaikan cerita kemenangan perang pun jenuh nak kena buat Marathon malah ada yang buat Triathlon. Zaman dulu nak cerita apa sikit kena pakai kuda. Zaman sekarang paling bodoh pun kita boleh pos surat. Zaman dulu bukan ada radio. Telefon jauh sekali. Dan zaman dulu, komputer-komputer yang mengandungi aplikasi email adalah 'jauh panggang dari api'.
Pendek cerita, Infomasi tentang arahan Raja Charles IX tu sampai lambat. Ada jugak mamat-mamat yang ketinggalan, yang masih menyambut tahun baru pada 1hb April. Dan untuk membengkakkan hati mamat-mamat 'ketinggalan' ni, dan untuk memastikan yang mereka 'ingat', mereka disediakan dengan 'lawak-lawak bodoh' yang bakal meluluhkan jiwa dan raga mereka. Lawak-lawak ini, andai di kenakan ke atas Hang Tuah, Hang Jebat malah kalau dikenakan pada Hang Kebun sekalipun, bakal mengundang padah yang amatlah errr... dahsyatnya. Bisa mati di hujung keris. Lawak spesis ni tak sesuai untuk orang Asia, khususnya Melayu. Orang Melayu tak biasa ngan lawak macam ni.
Berbalik tentang 'sambutan awal' April Fool di tahun 1582 (approx).
Para mamat yang menyambut 1hb April sebagai permulaan tahun baru ni, akan dilabel sebagai "poisson d'avril" atau "April fish", memandangkan ikan 'muda' memang mudah masuk perangkap dan ditipu. Gangguan-gangguan bakal dikenakan kepada mamat-mamat ni. Antara yang popular adalah seperti.. jemputan ke parti yang tak pernah wujud, dan lain-lain 'harassment' yang kalau di lakukan pada 'Hang Bersaudara' mau mati katak dikerjakan.
Dan kebiasaannya kertas bertulis "poisson d'avril" akan dilekat/digantung di belakang baju mamat 'fool' tadi. Alah, macam zaman sekolah-sekolah dulu, bilamana kadang-kadang kita lekatkan kat belakang baju kawan kita ayat-ayat seperti, "Tendang saya", "Saya bodoh", "Saya busuk" dan sebagainya. Dan mamat "poisson d'avril" akan diketawakan sehingga terbenamnya matahari pada hari tersebut. Sampai situ saja lawak mereka. Malam 'cerita' lain. Hehehehheeh!Dan lawak bodoh April Fool tu terus berevolusi dari masa ke semasa. Sampai lah orang Asia terutamanya orang Melayu pun dapat menerima 'lawak bodoh' tersebut. Itu saja.
Sampaikan walau satu ayat
Apa pandangan Islam tentang lawak spesis ni? Saya ingin petik dari Al-Ahkam.net.
"Kata al-Qardhawi (Halal n Haram/272), lawak jenaka ni kita kena perhatikan kehidupan Nabi SAW kerana beliau adalah contoh yang ideal. Kita dapati dalam seerah, ketika beliau sendirian, baginda seorang yg tekun dan khusyu', ketika membela kebenaran, baginda juga tegas dan tidak mempedulikan sesiapapun. Akan tetapi ketika di tengah-tengah manusia, beliau adalah manusia biasa yang juga menyukai apa yang indah dan spontan; beliau tersenyum, tertawa, bermain, dan kekadang berjenaka untuk menghiburkan diri. Tapi apa yang beliau katakan ketika berlawak adalah benar belaka."
Tak perlu dihuraikan panjang-panjang rasanya.

Pendirian saya, kalau nak melawak atau ber'lawak', tak payah nak tunggu 1 April, hari-hari boleh melawak. Tapi lawak tersebut biarlah berlandaskan kepada undang-undang kanun lawak mengikut tahap penerimaan 'subjek'. Maksudnya lawak untuk orang kebanyakan, tak sesuai untuk orang bangsawan. Lawak untuk jurutera, biarlah jurutera saja yang paham. Seorang doktor mungkin akan ketawa tersedak-sedak dengan lawak sesama mereka. Begitu juga seorang yang 'bergelanggang' hanya akan paham lawak yang 'terjerumus' seputar buah atau seni sahaja barangkali. Bukan main tibai redah ja beb!
Yang mangkuk jenis 'tibai-redah' saja ni yang bakal mengundang bencana kepada diri mereka dan keluarga (atau keluarga-keluarga) mereka.
Ada 'diceritakan' bahawa, seorang suami yang kononnya ingin ber'april-fool' dengan bini telah terpaksa menelan pahit kelat, apabila dia dengan tak sengaja menceraikan isterinya yang baru dikahwini dengan Talak 3. Kesahihan cerita, saya tak tahu, tapi pengajaran dari cerita adalah... ada benda boleh buat lawak, ada benda yang kalau lawak-lawak pun boleh jadi 'sungguh-sungguh'.
Dan juga... berkenaan "sampaikan pesanku biarpun satu ayat" tu pulak, harus dilihat dari kontek ayat-ayat yang benar saja. Juga bukan untuk main 'tibai-redah' saja dong! KARENA, tibai-redah menggunakan kalam Allah atau lidah Rasulullah, bakal menempah tiket ke Neraka. Heh! mau macam tu??? Lu pikir sendiri la beb!
Tapi, dalam banyak-banyak lawak yang ada di Tanahair Malaya ni, ada satu lawak yang membuatkan saya terburai perut "gelak-pecah-dada". Lawak 16 September...
Bwahahahahahahahah!
Sekian. Selamat buat lawak bodoh untuk 1 April.


3 ulasan:
Kena buat satu lagi versi....
Spetember Fool ala-ala Malaysia...
huk huk huk...
Salam Bro,
Lawak paling antarabangsa ialah 16 September...
Muahahahahahahahaah
sejarah hitam sekor beruk klik sini
16 September tu BLOODY FOOL!!
Post a Comment