SILAT. Sejauh mana kita kenal silat? Terutamanya kita yang bergelar MELAYU.
Biasanya kefahaman kita tentang silat adalah tumbuk-tumbuk, tendang-tendang, kunci-kunci, golek-golek malah tak keterlaluan jika ditambah dengan 'asap-asap'.
Saya pernah bertanya pada satu 'budak motor', kenapa agaknya dia lebih suka ber'motor' dari bergelanggang (atau mana-mana beladiri). Jawapan yang saya terima amat mengagumkan.
"Bang, zaman sekarang orang pakai pistol la," katanya.

Dan apabila diminta untuk tunjukkan 'pistol', tak ada la pulak. Hah! Dan ada pulak yang sanggup mencabar tentang kemampuan silat sebagai medium pertahanan diri. Hmm.. dapat la buah sebijik dua. Puas!
Pernah juga bertanya kepada 'orang lama-lama' tentang keutamaan silat di zaman mereka. Satu jawapan yang pasti adalah 'zaman dulu penuh cabaran'. Kalau tak kuat 'luar dan dalam', jawabnya ada yang 'kena makan'. Berbisa.
Sebab tu otai-otai ni kuat jatidiri mereka. Dan mereka bukan dari spesis yang terpekik terlolong di tengah jalan, atau menepuk-nepuk meja kedai kopi dalam 'menunjukkan' kehebatan masing-masing. Ibarat harimau menyimpan kuku. Lebih mudah berpegang kepada peribahasa 'ular menyusur akar tidak hilang bisanya' atau 'ibarat padi, makin tunduk, makin berisi'.
Itu beza 'orang' dulu dan 'spesis' sekarang.
Perlukah silat-silat menunjukkan kehebatannya?
Saya pernah bertanya kepada mahaguru tentang perkara ni. Setelah merenung jauh, beliau tersenyum (nasib baik), mungkin beliau faham benar dengan 'bentuk' soalan saya.

"Hasrul, ilmu silat adalah ilmu yang betul-betul wujud. Bukan barang main-main. Kalau kita tak tunjuk, orang takkan percaya. Bukan "menunjuk-nunjuk". Betulkan ayat tu, niat kita adalah untuk mempamerkan 'kehebatan' orang dulu-dulu. Digantung tapi masih hidup, dicampak ke dalam air masih selamat, di tetak, di pukul dan macam-macam lagi. Kenapa orang tak mempertikaikan 'pertunjukan' seni beladiri kungfu dan sebagainya dalam filem-filem atau demo-demo? Kenapa bila orang silat buat, dikatakan yang kita ni nak menunjuk-nunjuk. Kita buat bukannya guna 'camera trick'. Kita buat yang betul-betul. Bukan 'kita' yang hebat, ilmu Allah yang hebat. Betulkan ayat kamu!"

Saya risau juga yang tongkat mahaguru akan melayang ke kepala saya masa tu. Ha Ha!

Malah ada ketika-ketikanya saya 'terjumpa' dengan MELAYU yang berkata silat hanyalah semata-mata tarian. Owh! kalau nak tahu tarian atau tidak, mari ikut saya ke Batu Kurau. Kita berjumpa dengan guru lama Silat Pulut. Mungkin setelah kena buah tangan seliang-dua, baru tahu yang silat, walaupun selembut Silat Pulut, tapi ianya bukan 'barang mainan',

Ambil gerak, makan dalam diam, kalau kena boleh tersedak, tak pun terus QIAM.

Sepatutnya, dari sekecil-kecil budak lagi harus di tanam semangat kependekaran melayu. Sepertimana Jepun yang menanamkan semangat samurai kepada anak-anak mereka. Berjuang hingga ke hujung. Itulah pendekar yang sebenar. Bukan perjuangan sekerat jalan.

Prinsip ini boleh di bawa kemana-mana sahaja, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa ianya sesuai untuk diaplikasikan dalam apa bidang sekali pun. Bukan sekadar bidang 'seni beladiri', malah perniagaan, politik, pekerjaan, pelajaran.. ish! kalau dibariskan, 7 hari 7 malam pun tak habis senarainya.
Tapi orang kita masih tidak faham. Masih meletakkan Silat Melayu hanya di majlis kenduri, hanya di majlis perasmian pecah tanah, hanya di majlis perasmian itu ini. Tidak langsung mahu martabatkan silat melayu di tempat selayaknya.

Orang silat dikutuk-kutuk. Dan lebih menghairankan apabila MELAYU sendiri yang mengutuk orang silat. Kalau 'orang lain' yang nak kutuk tu lantak lah. Tapi jangan la 'orang sendiri'.
Lain kali pulak sambung.

foto ihsan Minaq-Jinggo dan Fazli Adha (Penang)
-----------
Jari-jari pun dah mengeras, otak pula dah tepu.
"Shhhh! Jangan cerita kat orang" kata dia.
"Habis, kalau tak cerita macam mana orang nak kenal?" kata saya.
"Suka hati hang lah" dia.
"Tak kenal maka tak cinta" jawab saya lagi.

3 ulasan:
Selamat kembali berblog! Semoga sukses selalu. Tahniah!
salam tuan, salah seorang waris pendekar terbilang... ;-)
Salam Hasrul.
Ni berdasarkan pengamatan. Memang betoi, orang-orang lama ni ibarat harimau yang menyimpan kukunya.
Namun, benda ni salu disalah erti terutama generasi muda. Kadang² dek hanya kerana segelintir yang terhegeh-hegeh nak tunjuk kata "aku ada silat ... aku geng 3 toot ...aku geng salam kait", maka sebab itulah orang pandang rendah silat tu.
Seekor kerbau bawak lumpur, sekandang habis tumpang terpalit.
Post a Comment