08/07/2009 2:37pm
PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.
Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
- Utusan
berkenaan di SINI dan SINI
hoh! Gila - Hasrul Halid
Timbalan menteri haram'?
-
PUTRAJAYA 13 Dis. - Kemelut dalaman Parti Progresif Penduduk (PPP) terus
berlarutan apabila hari ini Presidennya, Datuk M. Keayeas 'menyerang'
Senator Datu...
5 hours ago

4 ulasan:
Salam saudara,
Itu adalah keputusan yang akan membawa rakyat atau generasi yang akan datang kembali mundur ke belakang semula.
Keputusan itu juga telah dicapai dalam mesyuarat yang paling tidak selesa.
Keputusan itu semata-mata untuk meredakan tekanan dari pihak-pihak tertentu kepada kerajaan walaupun pada akhirnya generasi hadapan negara yang menjadi mansa.
Pihak yang menekan kerajaan itu adalah mereka yang terdiri dari orang-orang yang berada dan berkedudukan, tidak mustahil selepas ini mereka berlumba-lumba pulak untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pengajian dalam bahasa Inggeris di luar negara.
Golongan pendesak agar PPSMI dimansuhkan memang mempunyai perancangan rapi dan tersusun jangka panjang untuk menguasai kepentingan negara bukannya untuk memperjuangkan bahasa ibunda.
Bagus selepas ini ramai la umat ISlam yg tetap akan jadi bodoh bahasa inggeris terutamanya di pendalaman..
Dan bagus kerana bahasa tamil dan cina juga telah di martabatkan..
persoalan disini.kenapa pihak yg menagung-agung kan bahasa malaysia tidak mendesak supaya semua sekolah tak kira kebangsaan atau jenis kebangsaan mengajar bahasa melayu,kerana ini akan memmertabatkan bahasa melayu kepada semua rakyat malaysia.
Kalau setakat nak ajar bahasa malaysia kepada rakyat melayu sahaja baik tak payah..
Bagi pendapat saya,org-org yg menentang PPSMI adalah org yg tidak memandang jauh kehadapan dan mementingkan diri sendiri.. cuba tanya Pak Samad Said dan kawan-kawan nya apakah yg telah mereka lakukan untuk memartabatkan bahasa malaysia dalam teknologi dan sains?? Jawapannya tiada!!
PPSMI bukan utk memertabatkan bahasa,ia adalah utk penguasaan ilmu sains dan teknologi.. Dan dalam bahasa inggeris sekali pun bukan bertujuaan utk mempelajari tatabahasa atau lenggok bahasa tetapi utk memahami proses dan fakta.
Sungguh sedih sekali org yg kononnya berilmu rupanya cetek pemikiran mereka.
Bodoh punya MENTERI..bodoh punya pemimpin PAS dan PKR dan BODOH betul PAK SAMAD SAID serta kawan-kawannya..
wassalam
Cuba try test ganti mana2 guru dan mengajar murid dalam PPSMI di sekolah kampung atau pendalaman bukan di bandar. Daif....daif....rasakanlah penat jerih pendidik tu. Jangan dihentam sahaja tanpa mengetahui apa sebenarnya yang telah diperjuangkan.
Perkara utama PPSMI adalah menguasai Bahasa Inggeris. Untuk itu matapelajaran BI haruslah diberi penekanan di sekolah seperti zaman2 90an dahulu.Jika dapat menguasai BI dengan baik maka dapatlah menguasai teknologi.
Dan apa yang dapat aku lihat....kebanyakkan anak bangsa aku menjawab soalan membabi buta, sepatah haram tak faham!
Teknologi boleh dikuasai walaupun tidak menggunakan BI. Yang penting kemahuan yang tinggi.
Dalam menguasai BI, yang paling utama adalah lenggok bahasa (literature dan grammar)dan bukan boleh hentam kromo jer. Takkan nak berbual dengan para pelabur luardengan grammer yang berterabur......bodo namanya. Tahniah kepada Muhyidin Yassin, kerana akan menekankan penguasaan BI kerana itulah masalah (utama) yang sebenarnya dan bukan Mate dan Sains.
Tak percaya.....pergilah tanya para pendidik......!!!!
Inilah jadinya jika sesuatu yg dilaksanakan tidak dikaji mendalam terlebih dahulu! Jangan lupa tentang sejumlah RM5billion dibelanjakan untuk PPSMI!
Post a Comment