Uhhh! saya telah di tag! Di tag oleh sesorang yang... ish! susah nak diskripsikan mamat ni!
Jadi dengan berlindung di sebalik semangat kesukanan yang jitu, saya akan menjawab tag ini. Cumanya saya terpaksa meminda soalannya sikit. Bagi saya, untuk mempamerkan isi kandungan dompet saya adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana di dalam dompet saya terisi dengan segala macam tangkal dan senjata. Dari tangkal jenis 'kebal dan gagah' hinggalah kepada 'Pedang King Arthur' dan juga kapak pra-sejarah!
Jadi soalan yang saya pinda adalah berbunyi..
"Apakah yang sentiasa ada dalam poket kamu? Dan apa pulak yang kamu pakai di tangan, lengan, jari dan seumpama dengannya?" hahahahahahaha
Ini jawapannya...
|1| Telefon selular yang sudah tua jenis Nokia
|2| Dompet yang berisi benda-benda yang telah saya sebutkan di atas
|3| Segerombolan duit syiling (saya pun taktau apa sebab saya suka bawak banyak duit syiling)
|4| Pacu ibujari Kingston 1 GB (seperti kata orang itu)
dan di lengan dan jari pula
|1| Seutas jam tangan pemberian isteri sempena harijadi saya yang ke 143 (baca betul-betul)
|2| 'Sejambak gelang kristal' warna hitam dengan sedikit keoren-orenan!
|3| Cincin azimat warisan perang dunia pertama
Dan pensel 'keperang-perangan' itu bukanlah saya sumbat dalam poket, tapi saya memang seorang yang suka bawa pensel ke mana-mana sahaja. Pensel itu saya 'gasak' dari Hotel Equatorial Penang sikit masa dulu! Pensel itu banyak kegunaanya.. seperti.. mengorek hidung misalnya..!
Saya tidak mempunyai poket sebesar beg sandang belakang pendaki Gunung Kinabalu, tapi saya mempunyai 'seciput' poket yang boleh diisi dengan pelbagai barang dari segenap pelusuk dunia. Dalam ertikata yang lebih mudah, saya ada poket doraemon. Apa yang anda saksikan dalam gambar di atas adalah 5% saja dari barang-barang dalam poket saya.
Dan bagi meneruskan agenda mimpi ngeri ini.. inginlah saya mengetag 'biskut-biskut' berikut..
|1| Rosyam Noor
|2| Seorang doktor di Moscow
|3| Abang saya
|4| Vladimir Putin
|5| Seorang pakcik yang rasa dia bagus! Hampess!
|6| Seorang Tok Mudin yang susah untuk didiskripsikan kebolehan EQnya
|7| Tunku Aisha (kalau dia sudi laaaa....)
|8| Seorang tua yang takmau berundur!
Itu saja..
seperti kata pujangga.. "tagLAH kamu, sebelum kamu ditagkan"!
REJAM - Rancangan Ejen Jahat Asyik Meliwat
-
Bahang menjelang mulanya bicara kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual Rabu ini semakin terasa.Dicelah-celah usaha Anwar mencari jalan mene...
2 hours ago

8 ulasan:
ko panggil aku biskut ya hasrul.anyway taglah, i tak kisah.
btw, your pen drive(green colour)just exactly like mine.take care
Ditag oleh seorang yang.... [nak cakap kacak pun susah...hahaha]
Suka-suka kau jer tukar tajuk. Poket tak ada dalam soalan la. Kalau periksa SPM kau dah gagal nih. Hehehe!
huhu. sy antara biskut terpilih ye.
adeh. 'tagla sy sblum org lain tag'
hari ni je dh 2 tag sy kena. tp ni menarik. satgi mlm sy buat. hehe.
woit... yang kau nak buka kurap dalam beg aku buat apa? aku tahulah aku hensem! Haha!
yaa.. sy dgn baik hati dh siapkn dh tag ni.
Kak Tunku,
Biskut tu merupakan nama manja semua orang yang rapat dengan saya..
Purp,
Untuk kesekian kalinya, aku 'redho' akan 'statement' engko nih! Oh ya, kita seharusnya memberi peluang kepada generasi muda untuk memimpin, eh salah.. untuk menukar soalan.. takkan memimpin, eh salah! menukar soalan pun salah kot?
Dr. Sarah
Buat jangan tak buat!
To' Mudin,
Kurap adalah hiasan semula jadi! Sewajarnya di'tonjol'kan di khalayak ramai. Berbanggalah dengan kurap anda! - pesanan ikhlas seorang doktor jiwa di moscow!
Dr. Sarah lagi,
Terima kasih kerana menyiapkan tugasan pada waktunya, saya akan cuba memeriksanya secepat mungkin! Sehubungan dengan itu juga, saya harap kamu dapat menghabiskan membaca buku "Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders" (American Psychiatric Association - 4th Edition)! Semua soalan yang saya buat dalam semester ni adalah berpandukan buku tersebut. Errr! harap sebarkan pada budak-budak lain. Terima kasih!
Aku pun dah buat weh... pas tu aku cuti blogging, kalau aku lama tak ke sini jangan kecik hati ya... :D
To' Mudin,
Aku memang tak prnah berkecil hati dengan kamu... sumpah!
Post a Comment