Apa ada dengan silat???
Apa pulak yang ada dengan kungfu???
???????????? hehehehehehehe!
Entri #293 - Autumn In My Heart dan Bagan Ajam

Sambil-sambil memasang pukat semalam, sambil berdua-dua dengan isteri, sempat kami layan Autumn In My Heart, yang cukup punya femes ceritanya di kaca TV awal tahun 2002 dulu.
Tapi bukan cerita pukat, isteri dan awal tahun 2002 yang saya nak tulis.
Sebenarnya, saya bukanlah pentaksub kepada kisah-kisah cinta-duka-lara-mati-bersama ni. Tapi AIMH ni berjaya menyentuh hati saya untuk sama membiarkan gelombang Alpha otak saya, menerawang bersama Song Seung Heon dan Song Hye Kyo di bumi Korea. Oh! saya hampir ke Korea tahun lepas, tapi 'kensel' di saat akhir.
Mulanya saya sekadar melayan lagu AIMH, tapi lepas 'ter' tengok beberapa babak dalam AIMH ni, mata saya terus terpaku ke skrin. Pakuan yang cukup punya solid.
Tapi bukan kisah cinta-duka-lara-mati-bersama yang saya nak tulis.
Ok! secara sambil lalu, AIMH ini bermula dengan Jun-Suh yang secara tidak sengaja telah menjatuhkan tanda nama dua orang bayi di dalam tempat tidur bayi di hospital sewaktu melawat adiknya yang baru lahir. Dan kerana kebangangan pihak jururawat hospital berkenaan, tanda nama ini telah bertukar tempat antara dua bayi yang lahir pada masa yang sama, di tempat yang sama. Dan kita selepas itu di heret ke kisah awal remaja dua 'adik-beradik' ini, yang sangat-sangat akrab, Jun-Suh (abang) dan Eun-Suh (adik perempuan). Mereka datang dari keluarga terhormat di tempat tersebut, maka wajar saja dikatakan mereka berdua ini agak popular di sekolah dan amat dihormati.
Adiknya (Shin-Ae) yang sebenar pula dibesarkan oleh satu lagi keluarga yang akibat dari kematian 'ketua keluarga' menjadi 'porak-peranda'. Miskin, huru-hara.. err... macam-macam lagi. Kerana kemiskinan juga, ibunya hampir saja mengabaikan semua segi kehidupan, malah kehidupan mereka juga adalah 'amat-amat asas'. Kaedah didikan pula adalah agak pelik. Mungkin kerana perlu bertungkus lumus untuk menyediakan hanya yang asas. Hasilnya pula Shin-Ae walaupun mempunyai otak yang tidak kurang hebatnya, berperangai 'agak pelik', semata-mata untuk dipandang oleh semua orang. Hmmm...
Panjang jugak sinopsisnya kalau nak di tulis satu persatu di sini, jadi saya cadangkan kelian tengok saja di SINI. Ahaks!
Bukan itu cerita sebenar yang hendak saya tulis.. tapi kita sambung dengan cerita ke dua pulak.
Seminggu yang lepas, akibat dari kebosanan melampau dan ketepuan otak hasil dari melepak bodoh-bodohan di rumah, kami sekeluarga ke Hentian R&R Bagan Ajam. Uniknya hentian ini adalah kerana ia di bina di tepi pantai. Walaupun dengan pantai yang agak 'comot', pengunjung masih mampu menikmati keindahan matahari terbenam, dan kesedapan Yong Tau Foo nya. Mungkin Yong Tau Foo tu sedap sebab di tepi pantai, dan rata-rata pengunjung berada dalam mood yang baik. Bila kita ni mood baik, serba-serbi atas muka bumi ni adalah 'pelangi'.
Bukan itu jugak yang saya nak ceritakan..
Usai mentekedarah di tepi pantai, saya meng'ghaib'kan diri untuk 'satu urusan' penting di tandas. Dan keluar dari tandas, saya melepak di luar untuk menyedut campuran racun tikus dan 3000 lagi bahan kimia berbahaya. Hahaha!
Dan.. sekonyong-konyong, seekor kereta memberhentikan dirinya di depan mata saya. Seorang budak sekitar 8-9 tahun, tergopoh-gopoh keluar. Tergedik-gedik seperti ada sesuatu yang hendak terpancut dari dalam seluarnya. Oh ya! jarak budak tu ke tandas adalah tidak lebih dari sehasta cuma. Tapi, dia tidak ke tandas, dia berputar-putar di kawasan parkir tersebut untuk mencari tempat 'meruah'. Saya di situ.. saya melihat.. budak ini... membuka zip seluarnya.. dan hampir saja memancutkan keseluruhan isi pundi kencingnya ke tayar sebuah kereta Kancil warna silver. Oh! seekor kereta tadi, yang saya yakin di pandu oleh bapanya adalah berjenama BMW.. 3 Series. Tapi dengan kehebatan kuasa telepati yang ada pada saya, terus saja saya menjuruskan seluruh pusat minda saya ke pusat minda budak ini, dan hasilnya dia terpandang mata saya. Saya renung.. macam nak telan dia hidup-hidup. Saya renung macam seekor harimau yang 3 tahun terpaksa menjadi vegetarian, terserempak dengan pelanduk comel patah kaki. Saya renung seolah-olah saya mahu saja melempang budak tadi akibat ketidak-senonohan perangainya. Dia terkedu, menutup semula zipnya, terkepit-kepit, dan tak jadi lah nak 'meruah' di bahagian tayar kereta kancil tadi.
Sekonyong-konyong (lagi), keluarlah seorang pompuan, dan saya yakin perempuan itu adalah ibu budak tadi. Gemuk, berketul dan muka-cuka. Keluar bersama sejambak lampin pakai buang yang telah digunakan. Dia cari tong sampah. Tak jumpa. Dia letak sejambak lampin tadi di tepi jalan, tepi pintu kereta seketul Toyota Camry. Dan saya dapat lihat jarak letakan sejambak lampin tadi adalah kurang dari 1 jengkal dengan TONG SAMPAH BESAR WARNA BIRU. Mahu juga saya jerkah HOI!!!! tapi bila melihat saiz badannya yang lebih besar dari saya, saya membatukan diri.. Lemahnya iman saya!
Dan budak tadi, berlari terus ke tandas, saya yakin dia 'meruah' di tempat yang betul. Ibunya? ke kedai beli apa ntah, saya kurang periksa pula!
Yang panjang-panjang di atas tadi adalah mukaddimahnya. Sekarang kita cerita isinya. HAHA!
Saya ingin membenarkan Sabda Nabi junjungan kita, Muhammad SAW.
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu-bapanya lah yang menjadikannya sebagai orang Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam cerita AIMH tadi, Shin-Ae yang dibesarkan oleh keluarga yang agak huru-hara, menjadi seorang yang juga huru-hara, hasil dari didikan. Walaupun dia datang dari benih baik-baik.
Dan Eun-Suh walaupun datang dari benih yang kurang baik, tetapi kerana didikan, menjadi terbaik.
Semua kerana DIDIKAN ibu bapa. Tak kira la sama ada ibu bapa betul, tiri, angkat, kawin eksiden.. atau apa saja.
Dan dalam kes budak yang hampir mengencing tayar kancil tadi, juga amat saya yakini bahawa itu juga hasil dari didikan. Lihat pada ibunya, harus saja hati saya berbisik.. kemana hendak ditumpahkan kuah kalau bukan ke nasi.
Itu juga menjawab beberapa persoalan masalah sosial kebelakangan ini. Pelajar-pelajar biadap, anak-anak kurang ajar, orang Islam kaki botol, zina berleluasa, rasuah atau kelian boleh saja menamakannya 'tumbuk rusuk' untuk menampakkan lagi kecomelan bahasa kita, dan pelbagai lagi masalah so-sial yang membakar benak masyarakat kita, luar dan dalam, natijah dari DIDIKAN ibubapa.
Jangan di marahkan polis, jangan dimarahkan guru sekolah, jangan dimarahkan ketua kampung, pabila anak jadi tak menentu, marah saja pada diri sendiri. Ambil panadol 16 biji, telan, dan pegi mampus!
Kita sebagai ibubapa adalah pencorak mereka. Kanvas yang 'dihadiahkan' Allah adalah putih bersih, terpulang pada kita nak letak warna apa. Hijau, merah, kuning, biru kundang.. oren.. magenta.. cyan.. apa saja, tapi harus di ingat yang kita akan ditanya tentang hasil seni yang kita buat tu nanti, di sana. Dan sekarang ni pulak, tak ada lagi sistem 'ambil dulu, bayar kemudian', sekarang ni banyak sangat benda yang Allah Taala bagi CASH ON DELIVERY.
Jadi kepada ibubapa yang kaki rokok (ehem!), jangan naik angin kalau anak kelian penagih rokok kemudian hari (ehem!). Kepada ibubapa yang kaki rasuah (beri atau terima), jangan dimarah kalau anak kelian juga menjadi kaki rasuah. Kepada ibubapa kaki botol, jangan di marah kalau anak kelian minum sekole mabuknya satu tong. Jangan pula dimarah polis yang menembak budak, kalau kelian juga mungkin kaki panjat tingkap dan merayau malam. Jangan di serang/saman cikgu yang ingin membetulkan anak kelian, kalau anak kelian sebenarnya mewarisi kebiadaban kelian semasa di sekolah dulu.
Kita masing-masing punya anak (atau bakal punya anak). 98% kuah dalam dunia MELAYU tumpahnya adalah ke nasi. Lagi 2 peratus saja yang tumpah ke meja dan ke lantai.
* dah lama tak tulis panjang-panjang

